Seorang professor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya tentang kelemahan diri. Dia bertanya, ¿Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri.¿ Semua pelajarnya diam. Ada yang tersenyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Professor berkata, ¿Ooohhh..jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?¿ pelajar itu berkata, ¿Bukan..sebenarnya saya tidak sanggup lihat professor seorang saja yang berdiri.¿